Ku buka tirai sebuah cerita
Berita hangat dari 6a3
Untuk tatapan pembaca yg setia
Semoga u all tak kering gusi harapnya.
6a3 nama diberi
Pelbagai kerenah dapat disaksi
Alamak...harap2 dapat dimaafi
Assalamualaikum lupa nk kasi.
Tenaga utama pembuka cerita
Orangnya baik hensemlah pula
CikguWazir guru kelas 6a3
Kalau bercakap lawaknya terkeluar juga.
Ketua pengawas itu tugasnya
Sentiasa sibuk setiap masa
Sadang2 tu ego pun ada
Itulah shafiq nama gelarannya.
Orangnya besar comel sekali
Tak pernah latah akan kerjanya
Si montel tu nama comelnya
Makan2 pula itu hobinya.
Isma pula tinggi orangnya
Tidur dalam kelas mnjadi tabiatnya
Loceng berbunyi pn apa dipedulinya
Apalagi...cikgu2 pn pening tgk sikapnya
Digelar Sunio gara2 suaranya
Sentiasa senyum tak kira kat sapa
Salehudin Munawir nama kebanggaannya
Menjadi idaman gadis2 6a2.
Ini pula Vickey punya cerita
Lain dari yg lain daripada semua
Kalau bercakap tu tah hapa-hapa
Aduhai..kami pn geleng kepala
Orangnya kenit comel sekali
ChiaSokKon nama diberi
Kita orang nk tanya ni
Apasal you tak tinggi-tinggi
Zila dan Nora rakan sekepala
KgPerepat tu asal mereka
Sentiasa bersama tak kira kat mana
Tak taulah diorang buat apa
Nita ni baik orangnya
Kalau bercakap sopanlah pula
Dalam diam2 garang rupanya
Alamak...hilang kesopanannya
Mengutip duit kelas itu tugasnya
Ain gebu itu nama timangannya
Kalau dia diam,sepi semuanya
Tapi kalau dia bercakap...wah bergegar dunia
Shamira pula kelakar orangnya
Dr gigi nama keduanya
Kalau senyum manislah pula
Sebab nk tunjuk gigi besarnya
Ini pula cerita 3 maharani
Diberi nama Shobana,ChuiFong dan Sumathi
Berwajah manis itu yg dimiliki
Kalau bercerita...amboi,tak reti2 nk henti..
Nafisah pendiam orangnya
Susah benar nk dengar suaranya
Si Nazzirah pulak duduk disebelahnya
Kalau diorang ketawa tak ingat dunia
Sekali pandang hitam manis orangnya
Dua kali pandang cun rupanya
Ini Ruhaizah bikin cerita
Kenapa,tak percaya?
Berakhir sudah seloka 6a3
Pelajarnya nakal otak bergeliga
Jangan pula ada yg terasa
Ini hanya hiburan semata-mata
Tangan dah penat idea sendirik
Sekian sahajalah selokaku ini
Hari Isnin STPM mari
Cikgu2....doakan kejayaan kami........
No comments:
Post a Comment